Sikap Degil Membawa Padah
Ibu menangis teresak-esak. Muka ayah masih lagi menyinga.
"Pergi, pergilah.Jangan kau balik-balik lagi",
jerit ayah.
Aku tak peduli. Aku melangkahkan kakiku meninggalkan ayah dan ibu. Aku tetap dengan keputusanku. Aku mahu
hidup sendiri dan berdikari.
Aku kini tinggal bersama-sama beberapa
orang kawanku di sebuah rumah sewa. Apabila tinggal berasingan daripada keluarga begini, barulah aku berasa lega dan bebas.
Bebas daripada leteran ibu, tengkingan ayah, dan bebas tanpa kawalan sesiapa. Pendek kata, aku bebas melakukan apa yang aku
suka.
Aku mula terpengaruh dengan sikap liar
kawan-kawanku. Mereka suka keluar lewat malam. Berfoya-foya dan melepak sudah menjadi agenda hidupku ini. Tikar sembahyang
sudah tidak aku kenal lagi.
Pada suatu hari, salah seorang rakan
serumahku mengajakku menyertai pelumbaan haram yang diadakan dipinggir kota.Aku tidak menolak perlawaannya.
"Marilah kita pergi, Wan", ajak Zam.
"Kalau kau menang, kau juga akan glamour", tambahnmya lagi.
Tanpa membuang masa, kami bergegas ke
tempat perlumbaan. Malang tidak berbau, keseronokan berlumba masih belum sampai ke puncaknya.Aku kemalangan.Aku terlantar
di hospital selama sebulan dan kakiku patah.Aku menyesal kini.
DARIPADA:
Siti Nuraini Binti Mohd Noor
Tingkatan 3 Amanah
2007
Karya 2
Sajak
DADAH MUSUHKU
Hadirmu tanpa disedari
Hadirmu kedalam diriku tanpa diundang
Kamu tidak mencemarkan darah-darahku
Tidak ku sangka akan menjadi begini
Jika kudengar leteran ibuku
Jika ku pakai nasihat ayahku
Tentu aku tiada disini
Menara gading pasti disini
Kini aku terperangkap
Didalam tembak-tembak tinggi
dicelah-celah pagar besi
Disini di pusat serenti
Keranamu aku dibenci
Keranamu aku dicaci
Cita-citaku yang tinggi
Kini hanyalah tinggal mimpi
Ya Allah ampunilah aku
Aku telah mendekati laranganmu
Aku telah menzalimi dirku sendiri
Dan mengheret diri ini ke lembah derita
Jika aku tiada lagi
Sedekahkan al-Fatihah untuk
Taburkan bunga diatas pusaraku
Agar aku tenang disana nanti
Karya
Nurul Farhana Bt Mat Yazi
Tingkatan 3Amanah
2007
Rumah Baru
Telah kita siapkan rumah baru
untuk anak-anak berteduh
kerana kita diamanah
mendewasakan mereka
menjadi warga bijaksana
menjelang tahun wawasan