smksn1.gif

::Sekapur Sireh Seulas Pinang::

Home
::Sekapur Sireh Seulas Pinang::
::Pengurusan & Pentadbiran::
::Visi, Misi & Motto::
::Sejarah::
::Frasarana::
::Maklumat Penting
::Majlis Pengurusan Kurikulum::
::Majlis Pengurusan HEP::
::Majlis Pengurusan Ko-Kurikulum::
::Link-Akademik::
::Head Count::
::Pelan 3PK::
::Bank Soalan::
::Karya Pelajar::
Permainan Interaktif
Muat Turun
Bintang SMK Sri Nipah
::Forum::
::Pautan::
::Penterjemah::

smksn9.jpg

assalamualaikum.gif

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, Laman Web SMK Sri Nipah berjaya dibina. Sekalung tahniah buat Jawatankuasa yang terlibat dalam tugas ini selari dengan keperluan masa kini yang membolehkan penyebaran maklumat yang cepat dan tepat tentang sekolah kita dapat dilaksanakan.

Hakikatnya, laman web umpama e-kaunter pelanggan yang membolehkan para pelanggan, pihak guru dan staf SMK Sri Nipah serta orang awam bebas untuk mendapatkan berita terkini, aktiviti yang dianjurkan dan maklumat yang berguna bagi memperkasakan lagi sistem pendidikan di negeri kita ini, amnya, dan khusus bagi warga SMK Sri Nipah. Selain itu juga, laman web berupaya membina jaringan antara institusi-institusi yang terlibat dalam bidang pendidikan di seluruh Malaysia. Tahniah buat guru-guru yang telah sedang dan akan menyumbangkan bahan untuk tatapan umum yang berguna buat warga sekolah ini khasnya, dan untuk para pengunjung laman web ini amnya. Saya amat yakin dan percaya dengan komitmen yang diberikan oleh semua rakan guru dalam usaha untuk memperkasakan martabat para pendidik dan para pelajar dalam bidang p&p, khasnya. Ayuh, marilah kita gerakkan segala kepakaran yang kita ada utuk sama-sama mencapai Motto , Visi dan Misi sekolah kita.
Tahniah juga buat warga SMK Sri Nipah, warga pendidik serta mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan amnya yang setia berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air. Sesungguhnya, di tangan kitalah diletakkan tanggungjawab oleh seluruh rakyat Kelantan khasnya untuk mencorakkan anak bangsa yang bukan sekadar cemerlang dalam bidang akademik bahkan berakhlak mulia dan bersahsiah yang tinggi. Dalam hal ini, kita adalah model utama untuk diteladani.

Akhir kata, ikhlaskanlah niat kita dalam bekerja, kerana beban yang berat untuk mendidik anak bangsa kita akan menjadi sederhana dengan niat yang ikhlas. Semoga dengan keikhlasan, kesungguhan, pengetahuan dan teknologi yang disatupadukan mampu untuk memastikan bahawa "KAMI CEMERLANG UNTUK TERBILANG"

Hajjah Khartimas bt. Muhamood
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Nipah

16300 Bachok, Kelantan, Malaysia::
Tel/Fax: 609778277
E-mail: srinipah@gmail.com
@2007